Wednesday, October 27, 2010

RANTAU ABANG,TERENGGANU

    



Rantau Abang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Terengganu. Rantau Abang terletak 62 km dari Bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari Bandar Dungun. Rantau Abang terkenal kerana pernah menjadi tempat pendaratan penyu untuk bertelur. Ia mempunyai kedudukan pinggir pantai yang baik kerana adanya lerengan yang curam dan mendalam untuk penyu mendarat di pantai tersebut.





     Pada zaman kemuncaknya, setiap malam pada musim penyu bertelur antara Mac hingga Ogos, sekurang-kurangnya 80 ekor penyu akan mendarat di sepanjang pantai Rantau Abang.

     Selain dari pernah menjadi lokasi penyu bertelur, pelancong juga boleh melawat Pusat Santuari Penyu dan Batu Penyu di Bukit Cik Hawa apabila berkunjung ke sini. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur.




      Hutan Lipur Rantau Abang terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Jambu Bongkok. Namun hutan lipur ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

     Hutan lipur ini menjadi kawasan untuk memancing. Bagi kaki-kaki pancing di sini menawarkan satu kenangan yang pasti tidak akan dilupakan.